Aku.. Seorang gadis yang dambakan kasih sayang dari keluarga.. Bukan mereka tidak memberi aku kasih sayang itu namun terlalu sedikit sehinggakan aku terpaksa menagih sedikit kasih sayang itu dari orang lain.. Mereka tidak pernah adil terhadap aku.. Bukan kerana mereka tidak sayang pada aku cuma mereka merasakan ada yang lebih baik.. It have been more than a week i argued with my mom.. Yes, my mom.. Mungkin aku yang salah mungkin orang lain yang salah.. Aku dah tak nak fikir tu semua.. Aku mesti keluar dari rumah tu!! Guess what?? My sister think that i'll run out.. Hahahahaha.. Saper lah yang giler sangat lari dari rumah bawak banyak barang?? Aku takkan lari dari rumah tapi aku ada agenda yang lain.. Huhuhu..
Biarlah orang fikir aku nak lari dari masalah tapi yang pasti aku tak nak membenci seorang insan yang aku panggil IBU.. Insan yang telah bersusah payah melahirkan aku ke dunia.. Tapi sayang.. Insan ini tidak pernah cuba untuk memahami diri ini.. Saat gadis2 lain berkongsi masalah dengan ibu mereka, aku terpaksa memendam rasa.. Kenapa?? Tiada gunanya aku berkongsi andai masalah itu diketahui orang lain.. Berdiam diri itu lebih baik.. My siblings said that i preferred friend rather than my family.. Is they know why?? Memang aku ada family tapi pernah ke mereka layang aku sebagai seorang adik?? Seorang kakak?? Aku dicari bila mereka memerlukan aku.. Dibuang seperti sampah kat tepi jalan jika ada yang lebih baik.. My sister have been said that.. Aku seorang TANGGANG MODEN.. Kehadiran aku kat rumah hanya membazirkan bil api air sahaja.. Aku itu aku ini.. Mana aku tahu?? Coversation between my sister n my little sister.. Aku tahu salah membaca mesej orang lain tapi tidak kah salah mengutuk darah daging sendiri???
Today, I'll going back to home.. It felt weird.. Macam mana nak berhadapan dengan ibu?? Setiap kata-katanya tidak akan aku lupakan.. Yee.. Tengkingannya.. Makiannya.. Hinaannya.. Tuduhannya.. Itu semua membuatkan aku terluka.. Sangat2 terluka.. Tapi dia tetap ibu.. Ibu yang membesarkan aku walaupun pada hakikatnya orang gaji yang menjaga aku dari kecil.. Aku taknak harta dunia.. Aku cuma inginkan kasih sayang dari ibu.. Kasih sayang yang ibu berikan pada sibling yang lain.. Mungkin orang akan cakap aku tidak bersyukur selama ini tetapi mereka tahu ke kehidupan aku sebelum ini??? Definitely NO!!!